Tuan Rumah

My photo
// A Caliph of ALLAH //. Aku menCINTAImu kerana AGAMA yang ada pada diri kamu, jika kau hilangkan AGAMA pada dirimu, maka hilanglah CINTAku padamu . bercita cita menjadi muslimah mujahidah solehah yang sentiasa dahagakan ILMU ALLAH dan mengimpikan keluarga yang SAKINAH MAWADDAH, WARAHMAH . ayuh sama sama menimba ILMU untuk bekalan di akhirat sana . ternyata kau tidak akan rugi . semoga ALLAH sentiasa merahmati usaha kita semua . "dunia adalah perhiasan dunia, seindah indah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH" Barakallah

Followers

Saturday, January 14, 2012

Duhai Engkau Calon Imamku



AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH -

Ini bukan sekadar kata..

Agar kamu jatuh hati padaku.

.Namun ini adalah kejujuranku..
Mengapa aku berkata seperti ini ?
Kerana aku menyukai orang yang mencintai-NYA ,Mencintai RASUL-NYA..
dan dengan keteguhanmu bisa mengajakku untuk semakin mencintai-NYA..

AKU MERINDUKANMU KERANA ALLAH-

Ini bukan untaian rahsia dalam hatiku untuk memikatmu ..
mengapa demikian?
Kerana aku tahu mengucapkan itu menyempurnakan hidupku..
dan pernikahan adalah sunnah RASULULLAH dan dia adalah kekasih ALLAH..
Cinta adalah anugerah-Nya yang ditumbuhkan dihati orang yang dikehendaki-Nya 
bagaimana aku tdk merindukan kehadiranmu wahai kekasih. .

AKU MENUNGGUMU KERANA ALLAH-

Ini bukan rajukan perasaan untuk sebuah penantian..
 tetapi mengapa ?
Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan..
dan kerananya ku inginkan seseorang yang lebih halus untuk menaklukkan hatiku.
yang tegas dan tangguh untuk menguatkan hatiku yang lemah dengan izin-NYA.

Aku tahu terlalu bnyak yang harus kuperbaiki ,
Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku dengan tulusmu..
Untuk lebih mengajariku dengan sabar hingga kenikmatan imanku terhadap-NYA ..
Semakin dalam dengan izin-NYA disetiap hari dan untuk selamanya..

Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri
 kerana aku berharap ALLAH menganugerahkan padaku seorang imam untuk
menerima kekurangan diri ..

Bila benar ada dalam hidupku..
Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan 
mendekatkan kita dijalan yang lebih diridhoi-NYA...

Aku mencintaimu kerana ALLAH..
Aku merindukanmu kerana ALLAH..
Aku menunggumu kerana ALLAH..

Di
 manakah kamu bersemayam ? 
Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan angin..
Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku. .
Izinkan bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan izin-NYA. .

YA ROBBI. .
Rendamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut ENGKAU untuk dunia dan akhiratku...
Bila saudara dan teman tak lg cukup menemani kehidupanku...
Maka hari itu yang aku tunggu..

No comments:

Post a Comment