Tuan Rumah

My photo
// A Caliph of ALLAH //. Aku menCINTAImu kerana AGAMA yang ada pada diri kamu, jika kau hilangkan AGAMA pada dirimu, maka hilanglah CINTAku padamu . bercita cita menjadi muslimah mujahidah solehah yang sentiasa dahagakan ILMU ALLAH dan mengimpikan keluarga yang SAKINAH MAWADDAH, WARAHMAH . ayuh sama sama menimba ILMU untuk bekalan di akhirat sana . ternyata kau tidak akan rugi . semoga ALLAH sentiasa merahmati usaha kita semua . "dunia adalah perhiasan dunia, seindah indah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH" Barakallah

Followers

Monday, October 8, 2012

Bagaimana aku menjadi begini ? Lillahita'ala

Assalamualaikum (",)

baru baru ni ada kakak master tanya "sejak bila pakai tudung labuh? sebab tengok gambar matrik tu biasa je" . then saya pon mula mengatur bicara dan terus terkenang satu peristiwa yang menjadi permulaan kepada satu perasaan malu kepada Allah dan sayangkan diri sebagai wanita Islam . 

:: 3 tahun lalu di dalam kelas bahasa inggeris di Kolej Matrikulasi Melaka

"tudung ko jarang, nampak leher dengan rambut, ko tak pakai skaf ke?" si lelaki itu mula berbicara, dan sebenarnya waktu kelas tu saya berada di hadapannya sepanjang kelas berlangsung dan dia mula menegur kita kelas telah berakhir . 

dan saya menjawab dengan nada perlahan "ye ke, memang tak suka pakai skaf, tak pe nanti dah tak pakai tudung ni dah"   

sejak peristiwa tu, saya sentiasa berfikir untuk jadi lebih baik, saya mula pakai skaf/anak tudung . tapi masa  tu tudung bawal biasa dan dipinkan di bahu . macam orang lain pakai jugak . mungkin pendedahan tentang aurat itu kurang dan ketika tu jugak saya terlalu sibuk membaca buku motivasi diri instead buku tentang aurat/islam . jahilnya rasa ketika tu . setelah memasuki alam universiti, kehidupan saya sama seperti pelajar perempuan yang lain . berseluar jeans dan ber t-shirt dan bertudung bawal . kadang kadang shawl . tudung dipinkan dibahu dan pendek actually . cuma ketika tu saya masih belum terbuka hati untuk bertudung labuh . 

semester 3 saya sudah mula tidak pinkan tudung di bahu tapi masih berseluar jeans dan ber t-shirt ke kelas . satu hari saya terbaca satu blog tentang gaya hidup islam dan aurat wanita yang perlu dijaga . dan sejak dari itu, saya selalu mencari website bagaimana ingin mencari kekuatan diri untuk berubah . saya mula kumpulkan baju t muslimah dan seluar slack, tidak lagi berjeans . dan sebenarnya perubahan saya ni tidak mendadak . sebab saya tidak mahu fitnah sekeliling menimpa ke atas saya . saya buat secara perlahan lahan . dan baju muslimah yang pertama saya beli di pasar malam di klebang restu . berwarna pink . dan itulah baju pink pertama saya sepanjang saya hidup . sebab saya sangat tak suka warna pink . sebab sangat gegirl . tapi Alhamdulillah, sejak Allah berikan saya hidayah, hati saya mula menjadi lembut dan sangat suka pink . sejak dari tu saya beli lebih banyak baju muslimah bagi menggantikan baju t biasa . 

saya ke kelas dengan berbaju kurung . dan saya labuhkan tudung bawal saya daripada kebiasaan . saya seorang yang suka membaca blog . banyak blog yang menjadi hidangan spritual . semasa praktikal di FRI di negeri kedah . saya berkenalan dengan seorang Research Assistant yang amat terjaga auratnya dan ibadahnya . dan saya sangat terpikat dan tertarik dengan keperibadiannya . saya berazam untuk terus berubah menjadi lebih baik . masuk semester 5 . saya terbaca satu blog yang yang entrynya bertajuk "tips awal sebelum bertudung labuh" . membaca blog ini saya lebih terarah dan  berstrategi . saya mula membeli tudung akel bidang 50" secara online . kerana sukar untuk mendapatkan secara shopping biasa . tudung bawal biasa bidangnya 45" . Alhamdulillah, tudung pertama saya berwarna purple . dan sehingga sekarang sudah hampir 10 warna dimiliki yang dibeli secara ansur ansur . saya mula memakai handsock dan stokin . 


alhamdulillah, kini telah setahun saya begini dan secara perlahan lahan saya ke arah satu lagi langkah memakai tudung bidang 60" . saya sememang ada menyimpan tudung bidang 60" lebih hampir 2 tahun kerana tersalah beli . tapi kini saya telah memakai tudung itu . dan masih belajar untuk membiasakan diri memakai tudung selabuh itu . trust me ! saya rasa lebih selamat dengan bertudung labuh . segalanya akan terjaga . luar dan dalam . sekali pon angin kuat . ianya masih menutup aurat kita . malah sekarang ni . kalau saya tak pakai stokin kaki atau handsock saya akan rasa janggal . dan saya juga mula mengumpul jubah . dan sekarang telah ada 6 koleksi jubah . 

saya bukanlah ingin bangga diri dengan perubahan saya . tetapi saya hanya ingin berkongsi bagaimana kita seorang yang biasa biasa menjadi lebih luar biasa . banyak kelebihan apabila memakai tudung labuh . dan saya akan ingat ayat ini 

"nak tahu samada aurat kita sempurna ditutup adalah, kita tak perlu pakai telekung untuk solat, dan solat dengan pakaian yang kita pakai sahaja"

so sama sama lah kita semua berubah . insya Allah . Allah akan sentiasa membuka jalan untuk kita . dan amalkanlah doa ini ::

"Ya Tuhanku yang memutarbalikan hati, tetapkanlah hatiku pada jalan agama-Mu"

hidayah Allah itu perlu dicari . dekatkanlah diri kita dengan agamanya . berubahlah . semoga kita menjadi lebih baik di masa akan datang . sentiasa membaca al-quran dan berzikir . perkara wajib usah ditinggalkan . perkara sunat jadikan kebiasaan . semoga kita sentiasa diredhai dan dirahmati oleh-Nya (",)

Firman Allah swt; “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” [surah 24, an-Nur; ayat 31]

CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita.

Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.





tipulah kalau saya cakap tak de siapa yang terkejut dengan perubahan ni .  terutamanya ahli keluarga saya, sebabnya saya daripada keluarga biasa seperti orang lain . tapi ini jalan hidup saya . dan ada juga sahabat sahabat yang teruja dengan perubahan ini . saya masih keluar bersama sama kawan kawan . seperti biasa apabila cuti semester . dan mereka amat memahami . doa saya semoga orang sekeliling saya juga akan menjadi lebih baik . insyaAllah :)



additional info ::
  • Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar
  • Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…
  • Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut
  • Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
  • Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
  • Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
  • Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
  • Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
  • Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
  • Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.



4 comments:

  1. Alhamdulillah. Sejuk hati bila baca post ni :,)

    ReplyDelete
  2. masih ada saatu kekurangan Niqab..

    Berkata Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas: “Allah telah memerintahkan wanita-wanita muslimah jika keluar dari rumah mereka untuk suatu keperluan agar MENUTUP WAJAH-WAJAH MEREKA (mulai) dari atas kepalanya dengan jilbabnya dan menampakkan MATA SAJA”.

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu niqab menjadi isu hangat . tetapi harus diingat . pemakaian niqab tidak diwajibkan tetapi ianya menjadi wajib sekiranya wajah wanita itu mampu menimbulkan fitnah kepada org lain . Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan .

      Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

      Delete
  3. alhamdulillah. menutup aurat mmg mnjadi kewajipan seorang muslimah. secara lahiriah nya mmg mengikuti syarak, tetapi secara rohaniah, masih ramai lg menggunakan hijab sbgai pelindung untuk mnutup ketidaksempurnaan amalan wajibnya. ingat! dah tutup aurat dgn sempurna, tiada alasan untuk meninggalkan ibadat wajib seperti solat..
    ~sama-sama kita mnjadi muslimah yg berusaha ke arah kebaikan~

    ReplyDelete