Assalamualaikum
(",)
percaya
atau tak, ujian Allah tu datang dalam pelbagai bentuk, cara dan bila bila masa
saja . saya bersyukur sangat sebab Allah bagi hati yang tenang dan sentiasa
redha serta bersedia hadapi apa jua ujian . susah payah perit pahit . ada jugak
kawan kawan cakap yang saya ni tenang orang nya . Alhamdulillah . tenang itu
perlu dicari . tipu lah cakap kita tak melenting kalau tetiba orang cakap
belakang kita, tambah tambah lagi kalau cakap benda tak baik . fitnah kita .
memang marah sangat . kalau ada orang tu depan mata ni, rasa nak toreh toreh
muka dia dengan garfu . tapi itu lah, marah saya ni sekejap je . orang kata .
OVER sendiri lah . esoknya ok lah . itu lah Rasulullah SAW bersabda :
"Apabila
salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia
duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia
baring."
(Hadis
Riwayat Abu Daud)
simple
kan . ok lah itu bab marah . ujian dalam bentuk kemarahan . macam mana pulak
ujian yang lain . bagi saya, apa pun ujian yang Allah bagi, kalau kita
bersedia, redha, positif, insya Allah ketenangan tu milik kita . saya ingat
lagi masa stressed dengan Final Year Project dulu . hanya Allah yang tahu
perasaan ini . dengan masalah kewangan time tu . Allah . berat rasa nak
tanggung semua benda dalam satu masa . tapi positif . ujian yang Allah bagi tu memang
setanding dengan keupayaan kita . ingat tu selalu . so bila diuji maknanya
memang kita mampu . jangan risau . cumanya hati tu kena kuat, tabah .
tak
kisahlah siapa pun kita . kita tetap hamba-Nya . bila diuji dengan ujian yang
kita tak sangka . semuanya dengan kehendak Allah . Kun Fayakun . mengajar kita
jadi lebih kuat dan percaya kepada Qada' dan Qadar . be strong ! tu saja yang mampu untuk
dikatakan . hidup ni memang kena ada up and down .
so,
saya memang sentiasa bersyukur walau apa pun yang berlaku . tetapi saya tak lah
tunggu je apa yang berlaku tu, sebab saya sentiasa berusaha untuk buat yang
terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan yang paling penting AGAMA ISLAM yang
suci ni . berusaha menjadi islam yang mukminah . islam yang bertaqwa dan
beriman . ye lah . saya ni manusia biasa yang kadang kala tewas dengan
keseronokan dunia dan sambil lewa dengan perintah Allah . tapi cepat cepat
sedar . astaghfirullahal 'azim .
makanya
kawan ku sayang . jangan impikan hidup tanpa ujian tapi berdoalah supaya kita
semua dapat menghadapi ujian tu . jadilah orang yang kuat ! tabah ! u are born
to be strong ! .
No comments:
Post a Comment