tika aku kebuntuan
nyaris aku tinggalkan-Mu
tika aku kepiluan
nyaris aku pinggirkan-Mu
tika aku kesusahan
aku mencari di mana Kamu
mencari dalam kegelapan yang aku cipta sendiri
Allahu Rabbi
aku buntu kerana tinggalkan-Mu
aku pilu kerana pinggirkan-Mu
aku susah dan tercari carikan-Mu
meneliti setiap detik waktu yang berlalu
dimana kisahku ini akan terhenti dikemelut rindu
aku rindu pada-Mu ya Illahi
aku rindu pada-Mu ya Rabbi
andai aku leka
sedarkan aku ya Rabbi
andai aku lupa
ingatkan aku ya Rabbi
beri aku kesempatan untuk menggapai redha-Mu
beri aku peluang untuk meraih cinta-Mu
beri aku masa bersama Mu selalu
diri ini kadang tewas dengan duniawi
lantas terlupa pada ukhrawi
diri ini kadang lemah dengan ujian yang Kau beri
lantas ku kecewa dan terus bersendiri
Allahu Rabbi
berilah aku cahaya untuk terus kembali
untuk kembali ke jalan yang Kau redhai
jalan yang Kau kasihi
ampuni aku ya Rabbi
aku lupakan-Mu
kerana duniawi ..