Tuan Rumah

My photo
// A Caliph of ALLAH //. Aku menCINTAImu kerana AGAMA yang ada pada diri kamu, jika kau hilangkan AGAMA pada dirimu, maka hilanglah CINTAku padamu . bercita cita menjadi muslimah mujahidah solehah yang sentiasa dahagakan ILMU ALLAH dan mengimpikan keluarga yang SAKINAH MAWADDAH, WARAHMAH . ayuh sama sama menimba ILMU untuk bekalan di akhirat sana . ternyata kau tidak akan rugi . semoga ALLAH sentiasa merahmati usaha kita semua . "dunia adalah perhiasan dunia, seindah indah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH" Barakallah

Followers

Wednesday, October 10, 2012

Wahai bakal bakal BIDADARI SYURGA

Assalamualaikum (",)

saye ni bukanlah ustazah tapi apa ilmu yang saye dapat, saye nak kongsi dengan semua orang . tak salah kan . biar kena batang hidung sendiri daripada buat tak tahu je kan . so now nak kongsi lebih kurang poster la kot . sebab ramai jugak la bertanya . macam mana nak berubah . bagi saye . nak berubah tu senang . like , hari ni nak keluar tudung just wear a scarf yang labuh . pakai stokin . TAPI YANG SUSAHNYA 'istiqamah' . ape maksud istiqamah ni ek . ok lets me explain the meaning of ISTIQAMAH

"Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu.

Namun begitu, istiqamah ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh. Untuk mempertahankan sesuatu, kita haruslah mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya, apatah lagi sekiranya sesuatu yang kita ingin pertahankan itu bukan kegemaran ramai, ataupun sesuatu itu kelihatan asing bagi orang ramai. Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian"



just like kita nak berubah daripada menutup aurat ala kadar kepada menutup aurat sepenuhnya yang ikut syariat . yeah ! senang je nak berubah . nak dengan tak nak je . sama juga seperti solat . dulu mungkin kita solat maghrib je . then nak berubah nak solat semua waktu . sehari ok , masuk hari kedua kita dah jadi macam dulu . itu maknanya tak istiqamah . tak konsisten dan tak berdiri teguh dengan perubahan . tak kisahlah perubahan macam mana pon . istiqamah itu lah yang paling susah nak jaga . tapi insyaAllah niat hati kena betul . "Lillahita'ala" . Allah akan bantu kita untuk akan terus kukuh dan utuh .

kembali pada poster di atas . berubahlah sebelum terlambat . sebab Allah akan terima semua taubat hambanya . mana tau salah satu taubat kita tu diterima Allah dan menjadi taubat nasuha . bila Allah terima taubat kita, kita ni seolah olah dilahirkan semula . so, tak rugi lah solat sunat taubat hari hari , sebab kita sendiri tak tahu taubat yang mana satu diterima Allah . betul tak . yang penting jangan putus asa . berusaha dan terus berusaha . semoga Allah redha .

apa yang kita perlu ingat !!

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya..

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling... istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan...

Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya.. :)


siapa jua sahabat kita , siapa jua saudara kita, janganlah kita menghina kerana kejahilannya tentang Islam . didiklah dia dengan sebaik baiknya . tegurlah dengan penuh kasih sayang . dan terima lah siapa jua dia dahulu, sekarang dan selamanya . kita tak berhak untuk menerakakan orang lain . sedangkan kita hanya Allah menilai . makanya saye di sini cuma ingin berkongsi apa yang saya perolehi saban hari . dan sentiasa mengalu alukan siapa jua yang ingin kembali ke jalan-Nya

ALLAH loves YOU dear (",)

No comments:

Post a Comment