Dari mata turun ke hati. Cerita Juvana sudah jadi qudwah,
maka jadi begitulah.
We didn't assume bcoz kids learnt from what they've seen.
Mereka mudah mmberi interpretasi yg ringkas & salah dri apa yg ditonton.
Lan todak? Botak?
Part simbah minyak panas dalam filem tuh, masih belum ada yg
buat.
Nauzubillah. Jangan tiru.
Masyarakat perlu sajian didikan jiwa, bukan gula-gula
kekeliruan & kecelaruan.
see, betapa media sosial memberi kesan kepada jiwa seseorang
. kalau sebelum ini kita selalu komen pasal adegan 18sx dalam filem yang
memberi kesan negatif kepada mereka di bawah umur . apatah lagi lambakan filem
di negara kita ni, kalau korang perasan mesti ada kisah terlanjur dan
sebagainya . seolah olah semua itu normal dalam masyarakat kita . sedangkan
BERZINA ITU DOSA BESAR !! . kenapa kita tak sajikan benda benda yang baik ?
kenapa ?
berkaitan dengan video tersebut . boleh juga kita katakan
pengaruh cerita filem di Malaysia ni memang hebat . sampaikan bagi mereka yang
cetek pemikirannya terutamanya kanak kanak atau remaja yang meningkat dewasa,
menganggap semua ni boleh dilakukan, pergaduhan, buli membuli adalah perkara
biasa. sedangkan sebenarnya semua itu salah . dan bertentangan dengan nilai
murni seorang manusia yang bertamadun . sedih bila melihat keadaan ini
berleluasa dan semakin tak terkawal . dimana norma sebagai seorang insan ?
dimana ? bila kes macam ni terjadi . kita sendiri tak tahu nak salahkan siapa .
bagi saya setiap orang dah laksanakan tanggungjawab sebaiknya . insyaAllah .
Alhamdulillah .
kita kalau nak buat apa apa, kita tak boleh fikir yang semua
orang mampu serap nilai positif daripada sesebuah cerita . kita tak boleh
assume semua orang mengambil iktibar dengan apa yang diorang lihat . sebab kita
kena sedar . manusia ini pelbagai . pemikiran yang pelbagai dan tafsiran yang
pelbagai . kalau dah scene pergaduhan dalam sekolah, gangsterism dipaparkan
depan mata, jangan fikir tak ada yang akan terikut ikut . bagi mereka yang
critical thinking, insyaAllah, semuanya dilihat dari aspek positif, mengambil
iktibar dengan apa yang ada depan mata . tapi bagi mereka yang hanya melihat
yang tersurat tanpa melihat apa yang tersirat, macam mana ? memang kelompok ini
sedikit tetapi yang yang sedikit ini boleh bertambah menjadi banyak kalau tak
dibendung daripada sekarang .
saya konfius sebenarnya, macam mana scene pergaduhan GILA
dalam filem boleh ditayang dalam masyarakat ? apakah idea utama yang cuba
mereka sampaikan ? kejadian ketua kelas di belasah tu berlaku pada tahun 2013,
yang seingat saya subjek sivik dan kewarganegaraan itu wujud . tetapi seolah
olah tiada kesan dalam diri mereka dengan subjek tu .
kesian simpati dengan prestasi sekolah dan semestinya mak
ayah budak budak tu . malu mesti malu . mungkin usia mereka masih mentah untuk
menghargai pengorbanan mak ayah . tetapi satu benda yang saya pegang,
"melenturi buluh biarlah daripada rebungnya" . kalau terpaksa, hantar
lah mereka ke sekolah pemulihan akhlak . dan satu ayat yang saya ingat sampai
sekarang "untuk melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda
sekarang" . wallahu'alam . semoga kita, anak muda, adik adik sentiasa
beringat . bahawa akhlak itu mencerminkkan siapa kita . untuk jadi baik, tak
perlu bertudung labuh, berjubah atau berserban, cukuplah kita bertindak sebagai
seorang yang cerdik dan bertamadun, berpakaian seperti apa yang disyariatkan,
melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya . berbuat baik kepada
semua orang dan sentiasa tanamkan sifat mahmudah dalam diri .
semoga kita semua mengambil iktibar dengan apa yang berlaku
:)
No comments:
Post a Comment