Tuan Rumah

My photo
// A Caliph of ALLAH //. Aku menCINTAImu kerana AGAMA yang ada pada diri kamu, jika kau hilangkan AGAMA pada dirimu, maka hilanglah CINTAku padamu . bercita cita menjadi muslimah mujahidah solehah yang sentiasa dahagakan ILMU ALLAH dan mengimpikan keluarga yang SAKINAH MAWADDAH, WARAHMAH . ayuh sama sama menimba ILMU untuk bekalan di akhirat sana . ternyata kau tidak akan rugi . semoga ALLAH sentiasa merahmati usaha kita semua . "dunia adalah perhiasan dunia, seindah indah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH" Barakallah

Followers

Sunday, May 19, 2013

Redha dengan ujian


Assalamualaikum (",)

percaya atau tak, ujian Allah tu datang dalam pelbagai bentuk, cara dan bila bila masa saja . saya bersyukur sangat sebab Allah bagi hati yang tenang dan sentiasa redha serta bersedia hadapi apa jua ujian . susah payah perit pahit . ada jugak kawan kawan cakap yang saya ni tenang orang nya . Alhamdulillah . tenang itu perlu dicari . tipu lah cakap kita tak melenting kalau tetiba orang cakap belakang kita, tambah tambah lagi kalau cakap benda tak baik . fitnah kita . memang marah sangat . kalau ada orang tu depan mata ni, rasa nak toreh toreh muka dia dengan garfu . tapi itu lah, marah saya ni sekejap je . orang kata . OVER sendiri lah . esoknya ok lah . itu lah Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

simple kan . ok lah itu bab marah . ujian dalam bentuk kemarahan . macam mana pulak ujian yang lain . bagi saya, apa pun ujian yang Allah bagi, kalau kita bersedia, redha, positif, insya Allah ketenangan tu milik kita . saya ingat lagi masa stressed dengan Final Year Project dulu . hanya Allah yang tahu perasaan ini . dengan masalah kewangan time tu . Allah . berat rasa nak tanggung semua benda dalam satu masa . tapi positif . ujian yang Allah bagi tu memang setanding dengan keupayaan kita . ingat tu selalu . so bila diuji maknanya memang kita mampu . jangan risau . cumanya hati tu kena kuat, tabah .

tak kisahlah siapa pun kita . kita tetap hamba-Nya . bila diuji dengan ujian yang kita tak sangka . semuanya dengan kehendak Allah . Kun Fayakun . mengajar kita jadi lebih kuat dan percaya kepada Qada' dan Qadar  . be strong ! tu saja yang mampu untuk dikatakan . hidup ni memang kena ada up and down .

so, saya memang sentiasa bersyukur walau apa pun yang berlaku . tetapi saya tak lah tunggu je apa yang berlaku tu, sebab saya sentiasa berusaha untuk buat yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan yang paling penting AGAMA ISLAM yang suci ni . berusaha menjadi islam yang mukminah . islam yang bertaqwa dan beriman . ye lah . saya ni manusia biasa yang kadang kala tewas dengan keseronokan dunia dan sambil lewa dengan perintah Allah . tapi cepat cepat sedar . astaghfirullahal 'azim .

makanya kawan ku sayang . jangan impikan hidup tanpa ujian tapi berdoalah supaya kita semua dapat menghadapi ujian tu . jadilah orang yang kuat ! tabah ! u are born to be strong ! .


Pengaruh Media Sosial


Dari mata turun ke hati. Cerita Juvana sudah jadi qudwah, maka jadi begitulah.
We didn't assume bcoz kids learnt from what they've seen. Mereka mudah mmberi interpretasi yg ringkas & salah dri apa yg ditonton.
Lan todak? Botak?
Part simbah minyak panas dalam filem tuh, masih belum ada yg buat.
Nauzubillah. Jangan tiru.
Masyarakat perlu sajian didikan jiwa, bukan gula-gula kekeliruan & kecelaruan.

see, betapa media sosial memberi kesan kepada jiwa seseorang . kalau sebelum ini kita selalu komen pasal adegan 18sx dalam filem yang memberi kesan negatif kepada mereka di bawah umur . apatah lagi lambakan filem di negara kita ni, kalau korang perasan mesti ada kisah terlanjur dan sebagainya . seolah olah semua itu normal dalam masyarakat kita . sedangkan BERZINA ITU DOSA BESAR !! . kenapa kita tak sajikan benda benda yang baik ? kenapa ?

berkaitan dengan video tersebut . boleh juga kita katakan pengaruh cerita filem di Malaysia ni memang hebat . sampaikan bagi mereka yang cetek pemikirannya terutamanya kanak kanak atau remaja yang meningkat dewasa, menganggap semua ni boleh dilakukan, pergaduhan, buli membuli adalah perkara biasa. sedangkan sebenarnya semua itu salah . dan bertentangan dengan nilai murni seorang manusia yang bertamadun . sedih bila melihat keadaan ini berleluasa dan semakin tak terkawal . dimana norma sebagai seorang insan ? dimana ? bila kes macam ni terjadi . kita sendiri tak tahu nak salahkan siapa . bagi saya setiap orang dah laksanakan tanggungjawab sebaiknya . insyaAllah . Alhamdulillah .

kita kalau nak buat apa apa, kita tak boleh fikir yang semua orang mampu serap nilai positif daripada sesebuah cerita . kita tak boleh assume semua orang mengambil iktibar dengan apa yang diorang lihat . sebab kita kena sedar . manusia ini pelbagai . pemikiran yang pelbagai dan tafsiran yang pelbagai . kalau dah scene pergaduhan dalam sekolah, gangsterism dipaparkan depan mata, jangan fikir tak ada yang akan terikut ikut . bagi mereka yang critical thinking, insyaAllah, semuanya dilihat dari aspek positif, mengambil iktibar dengan apa yang ada depan mata . tapi bagi mereka yang hanya melihat yang tersurat tanpa melihat apa yang tersirat, macam mana ? memang kelompok ini sedikit tetapi yang yang sedikit ini boleh bertambah menjadi banyak kalau tak dibendung daripada sekarang .

saya konfius sebenarnya, macam mana scene pergaduhan GILA dalam filem boleh ditayang dalam masyarakat ? apakah idea utama yang cuba mereka sampaikan ? kejadian ketua kelas di belasah tu berlaku pada tahun 2013, yang seingat saya subjek sivik dan kewarganegaraan itu wujud . tetapi seolah olah tiada kesan dalam diri mereka dengan subjek tu .

kesian simpati dengan prestasi sekolah dan semestinya mak ayah budak budak tu . malu mesti malu . mungkin usia mereka masih mentah untuk menghargai pengorbanan mak ayah . tetapi satu benda yang saya pegang, "melenturi buluh biarlah daripada rebungnya" . kalau terpaksa, hantar lah mereka ke sekolah pemulihan akhlak . dan satu ayat yang saya ingat sampai sekarang "untuk melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda sekarang" . wallahu'alam . semoga kita, anak muda, adik adik sentiasa beringat . bahawa akhlak itu mencerminkkan siapa kita . untuk jadi baik, tak perlu bertudung labuh, berjubah atau berserban, cukuplah kita bertindak sebagai seorang yang cerdik dan bertamadun, berpakaian seperti apa yang disyariatkan, melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya . berbuat baik kepada semua orang dan sentiasa tanamkan sifat mahmudah dalam diri .

semoga kita semua mengambil iktibar dengan apa yang berlaku :)