Tuan Rumah

My photo
// A Caliph of ALLAH //. Aku menCINTAImu kerana AGAMA yang ada pada diri kamu, jika kau hilangkan AGAMA pada dirimu, maka hilanglah CINTAku padamu . bercita cita menjadi muslimah mujahidah solehah yang sentiasa dahagakan ILMU ALLAH dan mengimpikan keluarga yang SAKINAH MAWADDAH, WARAHMAH . ayuh sama sama menimba ILMU untuk bekalan di akhirat sana . ternyata kau tidak akan rugi . semoga ALLAH sentiasa merahmati usaha kita semua . "dunia adalah perhiasan dunia, seindah indah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH" Barakallah

Followers

Tuesday, January 10, 2012

Perkongsian : tentang qada solat


PERLUKAH seorang yang tertinggal solat fardu menggantikan solat itu pada waktu itu juga?
AMRY
Kuala Lumpur
SOLAT qada perlu dilaksanakan sebaik saja kita teringat kita sudah meninggalkan solat wajib tadi.
Contohnya, apabila terlepas solat Subuh dalam waktunya, hendaklah kita menggantikan solat Subuh itu setelah sedar daripada tidur. Lakukan solat qada itu secepat mungkin. Tindakan menangguhkan solat qada hukumnya berdosa besar hinggalah solat itu dilaksanakan. Tidak perlu ditangguhkan qada solat Subuh ketika hendak melakukan solat Zuhur dan tidak boleh sama sekali ditangguh sehingga Subuh esoknya.
Berdasarkan keterangan hadis, orang yang sengaja melambatkan solat pula sudah dikira berdosa, apatah lagi orang yang meninggalkan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, nyatalah dia sudah kafir”.

2 comments: