Tuan Rumah

My photo
// A Caliph of ALLAH //. Aku menCINTAImu kerana AGAMA yang ada pada diri kamu, jika kau hilangkan AGAMA pada dirimu, maka hilanglah CINTAku padamu . bercita cita menjadi muslimah mujahidah solehah yang sentiasa dahagakan ILMU ALLAH dan mengimpikan keluarga yang SAKINAH MAWADDAH, WARAHMAH . ayuh sama sama menimba ILMU untuk bekalan di akhirat sana . ternyata kau tidak akan rugi . semoga ALLAH sentiasa merahmati usaha kita semua . "dunia adalah perhiasan dunia, seindah indah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH" Barakallah

Followers

Sunday, October 7, 2012

Apa yang kita perlu tahu tentang TABARRUJ

Assalamualaikum . 


Apa maksud tabarruj? Dan apa yang termasuk dalam kategori tabarruj?

Tabarruj dari segi bahasa bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Imam Zamakhsyari berkata; hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan. Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu ia menampakkan perhiasannya dan kecantikannya kepada mereka. Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan melenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan.

Secara amnya, perkara yang tergolong di dalam pengertian tabarruj ialah;

  • Mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup
  • Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau mahram sahajaBertingkah-laku dan bercakap dengan gaya yang boleh menggairahkan lelaki.
  • Bergaul bebas dengan para lelaki
  • Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher, telinga dan sebagainya.
  • Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki. Ini termasuklah memakai gincu bibir, memakai pipi merah, berwangi-wangian di luar rumah dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment