Tuan Rumah

My photo
// A Caliph of ALLAH //. Aku menCINTAImu kerana AGAMA yang ada pada diri kamu, jika kau hilangkan AGAMA pada dirimu, maka hilanglah CINTAku padamu . bercita cita menjadi muslimah mujahidah solehah yang sentiasa dahagakan ILMU ALLAH dan mengimpikan keluarga yang SAKINAH MAWADDAH, WARAHMAH . ayuh sama sama menimba ILMU untuk bekalan di akhirat sana . ternyata kau tidak akan rugi . semoga ALLAH sentiasa merahmati usaha kita semua . "dunia adalah perhiasan dunia, seindah indah perhiasan adalah WANITA SOLEHAH" Barakallah

Followers

Wednesday, October 10, 2012

Wahai bakal bakal BIDADARI SYURGA

Assalamualaikum (",)

saye ni bukanlah ustazah tapi apa ilmu yang saye dapat, saye nak kongsi dengan semua orang . tak salah kan . biar kena batang hidung sendiri daripada buat tak tahu je kan . so now nak kongsi lebih kurang poster la kot . sebab ramai jugak la bertanya . macam mana nak berubah . bagi saye . nak berubah tu senang . like , hari ni nak keluar tudung just wear a scarf yang labuh . pakai stokin . TAPI YANG SUSAHNYA 'istiqamah' . ape maksud istiqamah ni ek . ok lets me explain the meaning of ISTIQAMAH

"Istiqamah boleh dimaksudkan sebagai berdiri teguh ataupun tetap pendirian sepanjang masa atas dasar kebenaran dan petunjuk tanpa ragu-ragu.

Namun begitu, istiqamah ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan oleh seseorang itu, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah cukup teguh. Untuk mempertahankan sesuatu, kita haruslah mempunyai kekuatan untuk mempertahankannya, apatah lagi sekiranya sesuatu yang kita ingin pertahankan itu bukan kegemaran ramai, ataupun sesuatu itu kelihatan asing bagi orang ramai. Tidak ramai yang mampu untuk melaksanakan istiqamah ini dalam kehidupan seharian"



just like kita nak berubah daripada menutup aurat ala kadar kepada menutup aurat sepenuhnya yang ikut syariat . yeah ! senang je nak berubah . nak dengan tak nak je . sama juga seperti solat . dulu mungkin kita solat maghrib je . then nak berubah nak solat semua waktu . sehari ok , masuk hari kedua kita dah jadi macam dulu . itu maknanya tak istiqamah . tak konsisten dan tak berdiri teguh dengan perubahan . tak kisahlah perubahan macam mana pon . istiqamah itu lah yang paling susah nak jaga . tapi insyaAllah niat hati kena betul . "Lillahita'ala" . Allah akan bantu kita untuk akan terus kukuh dan utuh .

kembali pada poster di atas . berubahlah sebelum terlambat . sebab Allah akan terima semua taubat hambanya . mana tau salah satu taubat kita tu diterima Allah dan menjadi taubat nasuha . bila Allah terima taubat kita, kita ni seolah olah dilahirkan semula . so, tak rugi lah solat sunat taubat hari hari , sebab kita sendiri tak tahu taubat yang mana satu diterima Allah . betul tak . yang penting jangan putus asa . berusaha dan terus berusaha . semoga Allah redha .

apa yang kita perlu ingat !!

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya..

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya...

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling... istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena...

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me'neraka'kan orang. Tetapi...mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan...

Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya.. :)


siapa jua sahabat kita , siapa jua saudara kita, janganlah kita menghina kerana kejahilannya tentang Islam . didiklah dia dengan sebaik baiknya . tegurlah dengan penuh kasih sayang . dan terima lah siapa jua dia dahulu, sekarang dan selamanya . kita tak berhak untuk menerakakan orang lain . sedangkan kita hanya Allah menilai . makanya saye di sini cuma ingin berkongsi apa yang saya perolehi saban hari . dan sentiasa mengalu alukan siapa jua yang ingin kembali ke jalan-Nya

ALLAH loves YOU dear (",)

Kenapa bertudung labuh ?

Assalamulaikum

terjumpa gambar ni masa leka ber'facebook' hari tu . nice . so nak share dekat sini dengan kawan kawan yang saya sayang .


Tuesday, October 9, 2012

SEGMEN : Tambah Followers by Khairunnisa

Assalamualaikum :: 


disebabkan follower saya tak sampai 100 pon lagi . sebab tu saya nak join segmen ni . kalau boleh nak follower sampai 500 :)

tujuannya saya nak follower seramai yang mungkin untuk berkongsi setiap entry yang saya buat, yang saya kira entry ini sesuai untuk golongan remaja belia zaman sekarang yang masih keliru dengan identiti sendiri 

dan saya harap melalui entry saya ini, saya dapat membantu memberi jalan yang sepatutnya . menjadi belia muslim yang kita semua impikan . saya nak sangat belog saya ni femes dengan ruangan utama remaja mencari ketenangan diri . membentuk jati diri muslimah solehah . dapat jugak kita berkongsi pengalaman dan ilmu . 

dan semoga Allah redha dan kita bahagia (",)

sesapa nak join . boleh klik SINI

tarikh tutup die 13 OKTOBER 2012

Monday, October 8, 2012

Bagaimana aku menjadi begini ? Lillahita'ala

Assalamualaikum (",)

baru baru ni ada kakak master tanya "sejak bila pakai tudung labuh? sebab tengok gambar matrik tu biasa je" . then saya pon mula mengatur bicara dan terus terkenang satu peristiwa yang menjadi permulaan kepada satu perasaan malu kepada Allah dan sayangkan diri sebagai wanita Islam . 

:: 3 tahun lalu di dalam kelas bahasa inggeris di Kolej Matrikulasi Melaka

"tudung ko jarang, nampak leher dengan rambut, ko tak pakai skaf ke?" si lelaki itu mula berbicara, dan sebenarnya waktu kelas tu saya berada di hadapannya sepanjang kelas berlangsung dan dia mula menegur kita kelas telah berakhir . 

dan saya menjawab dengan nada perlahan "ye ke, memang tak suka pakai skaf, tak pe nanti dah tak pakai tudung ni dah"   

sejak peristiwa tu, saya sentiasa berfikir untuk jadi lebih baik, saya mula pakai skaf/anak tudung . tapi masa  tu tudung bawal biasa dan dipinkan di bahu . macam orang lain pakai jugak . mungkin pendedahan tentang aurat itu kurang dan ketika tu jugak saya terlalu sibuk membaca buku motivasi diri instead buku tentang aurat/islam . jahilnya rasa ketika tu . setelah memasuki alam universiti, kehidupan saya sama seperti pelajar perempuan yang lain . berseluar jeans dan ber t-shirt dan bertudung bawal . kadang kadang shawl . tudung dipinkan dibahu dan pendek actually . cuma ketika tu saya masih belum terbuka hati untuk bertudung labuh . 

semester 3 saya sudah mula tidak pinkan tudung di bahu tapi masih berseluar jeans dan ber t-shirt ke kelas . satu hari saya terbaca satu blog tentang gaya hidup islam dan aurat wanita yang perlu dijaga . dan sejak dari itu, saya selalu mencari website bagaimana ingin mencari kekuatan diri untuk berubah . saya mula kumpulkan baju t muslimah dan seluar slack, tidak lagi berjeans . dan sebenarnya perubahan saya ni tidak mendadak . sebab saya tidak mahu fitnah sekeliling menimpa ke atas saya . saya buat secara perlahan lahan . dan baju muslimah yang pertama saya beli di pasar malam di klebang restu . berwarna pink . dan itulah baju pink pertama saya sepanjang saya hidup . sebab saya sangat tak suka warna pink . sebab sangat gegirl . tapi Alhamdulillah, sejak Allah berikan saya hidayah, hati saya mula menjadi lembut dan sangat suka pink . sejak dari tu saya beli lebih banyak baju muslimah bagi menggantikan baju t biasa . 

saya ke kelas dengan berbaju kurung . dan saya labuhkan tudung bawal saya daripada kebiasaan . saya seorang yang suka membaca blog . banyak blog yang menjadi hidangan spritual . semasa praktikal di FRI di negeri kedah . saya berkenalan dengan seorang Research Assistant yang amat terjaga auratnya dan ibadahnya . dan saya sangat terpikat dan tertarik dengan keperibadiannya . saya berazam untuk terus berubah menjadi lebih baik . masuk semester 5 . saya terbaca satu blog yang yang entrynya bertajuk "tips awal sebelum bertudung labuh" . membaca blog ini saya lebih terarah dan  berstrategi . saya mula membeli tudung akel bidang 50" secara online . kerana sukar untuk mendapatkan secara shopping biasa . tudung bawal biasa bidangnya 45" . Alhamdulillah, tudung pertama saya berwarna purple . dan sehingga sekarang sudah hampir 10 warna dimiliki yang dibeli secara ansur ansur . saya mula memakai handsock dan stokin . 


alhamdulillah, kini telah setahun saya begini dan secara perlahan lahan saya ke arah satu lagi langkah memakai tudung bidang 60" . saya sememang ada menyimpan tudung bidang 60" lebih hampir 2 tahun kerana tersalah beli . tapi kini saya telah memakai tudung itu . dan masih belajar untuk membiasakan diri memakai tudung selabuh itu . trust me ! saya rasa lebih selamat dengan bertudung labuh . segalanya akan terjaga . luar dan dalam . sekali pon angin kuat . ianya masih menutup aurat kita . malah sekarang ni . kalau saya tak pakai stokin kaki atau handsock saya akan rasa janggal . dan saya juga mula mengumpul jubah . dan sekarang telah ada 6 koleksi jubah . 

saya bukanlah ingin bangga diri dengan perubahan saya . tetapi saya hanya ingin berkongsi bagaimana kita seorang yang biasa biasa menjadi lebih luar biasa . banyak kelebihan apabila memakai tudung labuh . dan saya akan ingat ayat ini 

"nak tahu samada aurat kita sempurna ditutup adalah, kita tak perlu pakai telekung untuk solat, dan solat dengan pakaian yang kita pakai sahaja"

so sama sama lah kita semua berubah . insya Allah . Allah akan sentiasa membuka jalan untuk kita . dan amalkanlah doa ini ::

"Ya Tuhanku yang memutarbalikan hati, tetapkanlah hatiku pada jalan agama-Mu"

hidayah Allah itu perlu dicari . dekatkanlah diri kita dengan agamanya . berubahlah . semoga kita menjadi lebih baik di masa akan datang . sentiasa membaca al-quran dan berzikir . perkara wajib usah ditinggalkan . perkara sunat jadikan kebiasaan . semoga kita sentiasa diredhai dan dirahmati oleh-Nya (",)

Firman Allah swt; “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka….” [surah 24, an-Nur; ayat 31]

CUBALAH dahulu. InsyaAllah, sekali cuba… masyaAllah, perasaan kali pertama itu terasa sangat indah sekali. Terasa sangat selamat, terasa Allah berasa sangat dekat. Subhanallah! Jika kita ikhlas berhijrah & memakai tudung labuh dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah, insyaAllah Dia akan membantu mempermudahi jalan kita.

Secara tidak langsung, akhlak kita juga seakan terpelihara sebagaimana terpeliharanya maruah kita dilindungi kelabuhan tudung yang dipakai. Kita akan jadi segan untuk berakhlak buruk & melakukan kemungkaran.





tipulah kalau saya cakap tak de siapa yang terkejut dengan perubahan ni .  terutamanya ahli keluarga saya, sebabnya saya daripada keluarga biasa seperti orang lain . tapi ini jalan hidup saya . dan ada juga sahabat sahabat yang teruja dengan perubahan ini . saya masih keluar bersama sama kawan kawan . seperti biasa apabila cuti semester . dan mereka amat memahami . doa saya semoga orang sekeliling saya juga akan menjadi lebih baik . insyaAllah :)



additional info ::
  • Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar
  • Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. InsyaAllah…
  • Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut
  • Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring).
  • Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
  • Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
  • Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
  • Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudungTudung Turki/ Mesir/ Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung.Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
  • Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
  • Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.



Sunday, October 7, 2012

Apa yang kita perlu tahu tentang TABARRUJ

Assalamualaikum . 


Apa maksud tabarruj? Dan apa yang termasuk dalam kategori tabarruj?

Tabarruj dari segi bahasa bermaksud membuka dan menampakkan sesuatu untuk dilihat mata. Imam Zamakhsyari berkata; hakikat tabarruj ialah sengaja membuka/mendedahkan apa yang sepatutnya disembunyikan. Namun tabarruj dalam ayat di atas adalah khusus untuk perempuan terhadap para lelaki iaitu ia menampakkan perhiasannya dan kecantikannya kepada mereka. Menurut Imam an-Nasafi, tabarruj ialah berjalan melenggang-lengguk dan mendedahkan perhiasan.

Secara amnya, perkara yang tergolong di dalam pengertian tabarruj ialah;

  • Mendedahkan aurat yang sepatutnya ditutup
  • Mendedahkan perhiasan pada badan yang tidak sepatutnya diperlihatkan melainkan kepada suami atau mahram sahajaBertingkah-laku dan bercakap dengan gaya yang boleh menggairahkan lelaki.
  • Bergaul bebas dengan para lelaki
  • Tidak memakai tudung kepala dengan sempurna hingga menampakkan rambut dan perhiasan-perhiasan di leher, telinga dan sebagainya.
  • Bersolek dengan solekan yang boleh menimbulkan perasaan ghairah kepada kaum lelaki. Ini termasuklah memakai gincu bibir, memakai pipi merah, berwangi-wangian di luar rumah dan sebagainya.


Saturday, October 6, 2012

do the best and Allah do the rest

Assalamualaikum . 

ya Allah, dah lama sangat tinggalkan blog ni . hampir 4 bulan sudah . ok jadi mulai hari ini, ayuh kita berkongsi ilmu . mulakan dengan istighfar, Astaghfirullahal 'azim . allazila'ilaha 'illahu wal halyuqayyum wa atubuilaih :)

untuk permulaan ini, saya just nak kongsikan apa yang telah bermain difkiran . ala ala kata hikmah gitu ::

ramai orang suka menyulitkan dan menyusahkan benda yang senang dan mudah . stay cool ~~ tarik nafas, lepas dengan tenaaanggg ~~ semua masalah ada penyelesaiannya . sama ada sabar atau tidak je untuk cari penyelesaiannya tu . we do the best, n Allah do the rest (",)

berdsarkan ayat di atas saya lebih suka berada dalam keadaan tenang dengan apa jua yang berlaku . walaupun saya tahu, saya akan stress dan kelamkabut . tapi percayalah kalau kita tenang . benda yang susah akan jadi mudah . dan jangan sesekali menyusahkan benda yang mudah . sebab bila benda yang mudah kita susahkan. kita akan jumpa jalan keluar dan mungkin lebih banyak selok beloknya . pendek kata bertenanglah dalam apa jua keadaan .

rancanglah penyelesaian itu dengan baik . do the best and Allah do the rest . no worries dear :)